Dalam zaman sekarang, faktor kewangan
amat memerlukan bajet yang betul. Terutamanya bagi yang bergelar PELAJAR /
MAHASISWA. Bajet amat penting dalam pengurusan kewangan. Ini dapat membantu
anda menggunakan wang dengan sebaiknya dan mengelakkan kehabisan wang di
akhir-akhir semester.
Sentiasa
catat duit keluar masuk.
Catatkan aliran
keluar wang anda pada setiap hari. Dengan ini, anda akan sentiasa peka dengan
keadaan wang semasa anda. Lihat sama ada perbelanjaan yang anda keluarkan itu
adalah perlu atau tidak. Jika tidak, anda kurangkan perbuatan terebut.
Rancang
belanjawan anda sendiri.
Dengan wang
sedia ada, anda rancang belanjawan anda sendiri. Utamakan pembayaran yuran,
akademik, makanan dan tempat tinggal. Jangan gunakan wang untuk keseronokan
melainkan ia memang adalah wang lebih.
Simpan
resit bagi setiap pembelian.
Simpan resit
bagi setiap pembelian. Dengan ini, anda ada rekod bagi setiap pembelian. Setiap
bulan, trace kembali di mana wang anda di gunakan.
Simpan
wang yang tidak di gunakan.
Jika tidak ada
keperluan untuk menggunakan wang, simpan sahaja kerana dunia pelajar penuh
dengan kejutan. Kadangkala ada sahaja perkara yang perlu di bayar seperti yuran
persatuan dan sebagainya. Untuk keselamatan, anda simpan sahaja wang tidak di
gunakan dan hanya berbelanja apabila semester sudah tamat.
Elakkan hutang
Jangan
berhutang untuk apa tujuan sekalipun. Berhutang bermakna anda akan berbelanja
lebih kemampuan anda. Berhutang akan jadi beban apabila pemberi utang mula
menagih hutang dari anda.
Beli
semua keperluan akademik mendahului perkara lain.
Di sebabkan
anda sedang belajar, segala urusan akademik perlu di dahulukan. Pada minggu
pertama semester, anda selesaikan semua keperluan akademik dan simpan sedikit
wang jika ada perbelanjaan mengejut.
Elakkan
dari mengikut kawan – kawan yang ada duit yang banyak.
Jika anda tiada
duit, jangan ikut kawan anda yang banyak duit atau mereka yang boros. Takut –
takut nanti anda turut terikut boros berbelanja.
(tak ada duit, buat cara tak ada duit)
(tak ada duit, buat cara tak ada duit)
Sertai
aktiviti kampus.
Untuk
menguruskan wang, anda perlu ada disiplin yang kuat. Untuk mengajar anda erti
disiplin, anda boleh sertai aktiviti kampus dan terlibat dengan aktif dalam
persatuan , kelab dan sebagainya.
Beli barangan yang anda rasa anda akan guna sahaja?
Jika anda tidak
gunakan barang tersebut seperti barang perhiasan, jangan beli. Perbuatan anda
ini hanya akan membazir wang anda sahaja.
Amalkan hidup sihat.
Berhenti merokok
dan makan makanan yang tidak sihat. Jaga kesihatan dengan bersenam supaya anda
tidak akan sakit dan wang untuk kesihatan dapat di kurangkan.
tips ini dipetik daripada yang Pakar
0 komen:
Post a Comment