I am appreciate your support to my Blog

Kisah Ini

Nie kisah pagi hari raya ketiga...

Satu Malaysia tahu yang raya ketiga nie aq satu family duduk umah terchenta jew (kat kg rr..) hehehehe... tetiba ada pasangan suami isteri nie dtg bersama anak mereka yg berusia 1 thn 3 bln dengan menunggang basikal... aq pelik. hurmm...saper nie??? tetiba tok jemput masuk..oh...kenal rupanya.
sembang2...aq tukang dgr n senyum2 jew sbb xkenal..hehehe..

dari sudut fizikal, diorng ni mcm dr golongan org susah..dan dari sudut percakapan juga diorng ni nmpk cm org susah..xpew..

ayat pertama yang keluar dr pasangan ini..."seronoknya umah depa...riuh..main x gaduh..gelak sana sini" tetiba aq terdiam. (dlm hati...mmang km mcm nie) aq masih x mengerti maksud mrk. aq just biarkan dan Alhamdulillah....


tetiba, satu part nie mmnag mnyentuh ati aq.......
berbekalkan perkerjaan di salah sebuah kilang memproses sotong
si ibu terpaksa mnyerahkn 2 org anaknya kerana tidak mampu mmberikan keperluan yang mencukupi kpd anak2nya..masing2 lelaki dan perempuan. ktanya...yang perempuan dah besar, darjah 6..muka dia ekot iras muka ibu ayah yang jaga dia..pandai..cantik..x mcm adik2 yg dia sendiri jaga..(sambil tundukkan muka.."menyesal sy serahkan kt org, tp nk wat mcm mana, xda cara len dah")
sebulan sekali suami isteri nie pasti akan berusaha utk melawat anak2 ini..


seorang lge anak mereka meninggal dunia ketika dlm usia 10 hari...
gara2 abg mereka leka bermain di atas dan sekeliling katil di mana anak kecil ini ditempatkan...
abg2 ini TERlompat2 lalu anak kecil ini terjatuh dari katil, dlm masa yang sama abg yg melompat ni..terduduk di atas adik kecil mereka....
anak kecil yang suci ini hanya mampu menangis kesakitan hingga biru..
apabila dibawa ke hospital...anak kecil ini sudah tidak bernyawa lge..tulang kepalanya juga disahkan patah. pihak hospital pula meminta kes ini dilaporkan ke balai polis..
ibunya pula tidak dpt mengikuti majlis pengebumian anak ini kerana masih atas 'pantang'...
huhu...
Tambah nya lagi, tde waktu prg beraya kat umah tmn dpt banyak gax duit raya utk anak yg dibawa nya...tok pon tanya.."berapa ringgit?" jawabnya"rm2" aduhh..sayu sekali...



Walau anak ditinggalkan kepada orang lain..bukan kerana tiada kasih..tetapi dia mahukan anaknya itu hidup dalam keperluan yang mencukupi dan akan mendapat pendidikan yang lebih teratur dan sempurna...rindu nya kepada anak-anaknya tak terungkap dengan kata2.. Setiap kali menjelang lebaran..hatinya pasti meraung rindu kan detik beraya bersama anak-anaknya semua.. hidup mereka kais pagi mkn pagi kais ptg mkn ptg... Sungguh besar pengorbanan ayah dan ibu ini...



Ibu... bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu...

Ibu... kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan

Kasihanilah, Tuhan...
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana

Aeman - Kalimah Cinta - Buatmu Ibu




kisah benar ini telah pun diminta kebenaran dr pihak yang sepatutnya sblm dipamerkan...
maaf andai ada yang terguris ataw terasa dihati...
niat di hati cuma ingin berkongsi pengalaman...
Salam~

LeBarAn..

Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak ini..
saya ingin memohon ampun & maaf kepada suma sahabat handai dan seluruh rakyat Malaysia am nya andai saya ada wat salah & silap.....
dengan ucapan...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Syawal kian menjelang tiba..
Bagi persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri ini..
berbelanjalah mengikut keperluan..bukan mengikut nafsu atau orang lain..
Setiap keluarga punya keperluan yang berbeza antara satu sama lain..
Bagi yang kurang mampu, berbelanjalah mengikut kemampuan..jgn sampai berhutang..
Bagi yang mampu pula, berbelanjalah mengikut keperluaan, jgn sampai membazir..
Bagi yang berjauhan dari keluarga, sesungguhnya kepulangan anda di sisi keluarga amat bermakna..terserlah senyuman terukir di wajah menyambut kepulangan yang tersayang..
Hargailah orang yang tersayang selagi mereka ada di dunia ini..


Maaf andai terkasar atau tersilap kata...