I am appreciate your support to my Blog

Dream

Sekali tengok cantik..dua kali tengok nak miliki..tiga kali tengok kena savings..empat kali tengok kena berusaha belajar rajin-rajin, cari kerja baik-baik.
Sangat tertarik dengan idea dekorasi nya yang mostly mengikut citarasa. Jom..explore!

 
nie purple..sekali sekala tukar merah plak..woo..

mmm...HARUM..mm..
owh indahnyer...one day one candle

untuk KIDS !! alolo..bucuk2 comel
untuk GIRL !! sweet nyer...
untuk BOY !! exclusive u..


Have a nice day!! enjoy yourself..

nak tgk lain-lain..kat sini ada..

Sihat badan, Sihat wang

Di sini ada beberapa cara makan secara bajet. Sihat BADAN, sihat WANG. Dalam masa yang sama, boleh meneruskan diet secara berterusan tanpa perlu membazir.


BIJIRIN OAT


Kalau selama ini anda makan pagi dengan bijirin, apa kata gantikan dengan oat? Ia lebih murah dan tahan lebih lama. Anda boleh memasaknya di rumah. Mahu lebih enak, campurkan dengan buah-buahan kering. Oat secara khusus mengandungi banyak flavonoidmencegah penyakit jantung. Oat juga makanan yang ideal untuk semua peringkat umur. Mudah diterima sebagai makanan pepejal permulaan untuk bayi dan juga orang tua. Oat juga kerap digunakan dalam program membantu mangsa kebuluran kerana keupayaannya membekalkan khasiat pemakanan berkualiti secara tidak mahal. 

MAKANAN BERSERAT

Anda perlukan serat? Jika and mahu memenuhi keperluan serat harian, ada baiknya anda makan buah-buahan yang lebih mudah didapati. Katakan anda gemarkan kiwi, ia memang kaya dengan serat tetapi harganya mahal. Gantikan dengan buah oren yang jauh lebih murah dan mudah didapati.

Untuk lebih jimat, menyiapkan jus sendiri di rumah tidaklah sukar. Anda dapat memilih sendiri buah-buahan dan sayuran yang benar-benar masak dan segar agar
vitamin dan mineral lainnya masih dalam keadaan baik. Jangan tergoda membeli yang terlalu masak, sebab anda tidak akan mendapat seluruh nutrisi yang seharusnya. Anda juga dapat mengawal sendiri dengan tepat perbandingan berat buah atau sayuran yang dicampur. Kebersihan pun lebih terjamin dan tentu lebih ekonomi.




CARI TEMAN BERDIET

Lebih mudah jika anda cari teman yang sama-sama mahu berdiet, boleh berkongsi makanan. Tidak perlu membazir. Namun pastikan menu diet itu sesuai dengan teman diet anda juga.

Saling menyokong antara satu sama lain. Sekiranya teman diet anda sudah berputus asa, anda harus bangkit dan memberikan sokongan yang berterusan. Begitu juga sebaliknya. Melalui cara ini anda tidak perlu membazirkan wang untuk mendapatkan nasihat daripada pakar diet yang perlu dibayar. Di sini anda sudah boleh berjimat.



BERPUASA

Anda boleh mengamalkan puasa. Cukuplah sekadar berpuasa sebanyak dua kali seminggu. Selain daripada beramal anda juga mampu melaksanakan diet secara sihat. Jimat duit dan sihat fizikal.

Semasa berpuasa, cuba rancang jenis makanan yang akan diambil semasa berbuka agar anda tetap mendapat khasiat yang secukupnya. Ambil makanan yang membekalkan karbohidrat seperti nasi, roti, mi dan ubi kerana ia akan melepaskan tenaga secara perlahan dan anda akan bertahan lapar lebih lama.



MEMASAK DI RUMAH

Memasak di rumah adalah kaedah diet yang paling menjimatkan. Anda hanya perlu memasak makanan yang perlu sahaja tanpa perlu membazirkan. Paling jimat sekiranya makanan itu masih berbaki anda masih boleh memanaskan semula makanan tersebut.

Contoh menu diet yang paling mudah disediakan ialah
sandwich. Beli saja isi tuna dan salad serta roti mil penuh. Buat sendiri. Kalau beli sandwich siap sedia, ia mahal.

Variasikan menu anda. Tips ini anda boleh amalkan setelah anda mendapat info dan ilmu yang mencukupi daripada pembacaan anda. Anda boleh buat satu jadual, dalam seminggu apakah menu yang akan anda ambil untuk amalan pemakanan yang sihat?


Pasti mudah dan jimat. Jika boleh warna-warnikan jenis makanan yang diambil terutama sayur-sayuran dan buah-buahan kerana lebih banyak makanan berwarna yang diambil, maka lebih banyak zat diperoleh oleh badan.



JOM SENAM

Lakukan aktiviti membakar kalori.  Senaman penting untuk membakar kalori dalam tubuh anda. Bila anda membakar kalori jumlah penyerapan kalori oleh tubuh anda akan mula menurun. Inilah sebenarnya situasi yang membolehkan anda menurunkan berat badan anda. Tidak perlu ke gim. Tidak perlukan modal. Cukup sekadar berlari di denai larian atau tasik sambil menyedut udara segar.

Bersenam secara
konsisten. Jangan sesekali bersenam sehingga boleh 'mendera' atau 'menyeksa' tubuh anda. Tidak perlu anda paksa diri untuk lakukan aktiviti senaman yang berat-berat secara mendadak. Lebih-lebih lagi jika sebelum ini anda tidak pernah pun melakukan aktiviti atau amat jarang bersenam. Buat perlahan-lahan. Tetapkan matlamat sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, 20 minit setiap sesi sebagai permulaan. 


sumber dari dara.com

Bajet Wang anda...

Dalam zaman sekarang, faktor kewangan amat memerlukan bajet yang betul. Terutamanya bagi yang bergelar PELAJAR / MAHASISWA. Bajet amat penting dalam pengurusan kewangan. Ini dapat membantu anda menggunakan wang dengan sebaiknya dan mengelakkan kehabisan wang di akhir-akhir semester.


Sentiasa catat duit keluar masuk.
Catatkan aliran keluar wang anda pada setiap hari. Dengan ini, anda akan sentiasa peka dengan keadaan wang semasa anda. Lihat sama ada perbelanjaan yang anda keluarkan itu adalah perlu atau tidak. Jika tidak, anda kurangkan perbuatan terebut.

Rancang belanjawan anda sendiri.
Dengan wang sedia ada, anda rancang belanjawan anda sendiri. Utamakan pembayaran yuran, akademik, makanan dan tempat tinggal. Jangan gunakan wang untuk keseronokan melainkan ia memang adalah wang lebih.

Simpan resit bagi setiap pembelian.
Simpan resit bagi setiap pembelian. Dengan ini, anda ada rekod bagi setiap pembelian. Setiap bulan, trace kembali di mana wang anda di gunakan.

Simpan wang yang tidak di gunakan.
Jika tidak ada keperluan untuk menggunakan wang, simpan sahaja kerana dunia pelajar penuh dengan kejutan. Kadangkala ada sahaja perkara yang perlu di bayar seperti yuran persatuan dan sebagainya. Untuk keselamatan, anda simpan sahaja wang tidak di gunakan dan hanya berbelanja apabila semester sudah tamat.

Elakkan hutang
Jangan berhutang untuk apa tujuan sekalipun. Berhutang bermakna anda akan berbelanja lebih kemampuan anda. Berhutang akan jadi beban apabila pemberi utang mula menagih hutang dari anda.

 
Beli semua keperluan akademik mendahului perkara lain.
Di sebabkan anda sedang belajar, segala urusan akademik perlu di dahulukan. Pada minggu pertama semester, anda selesaikan semua keperluan akademik dan simpan sedikit wang jika ada perbelanjaan mengejut.

Elakkan dari mengikut kawan – kawan yang ada duit yang banyak.
Jika anda tiada duit, jangan ikut kawan anda yang banyak duit atau mereka yang boros. Takut – takut nanti anda turut terikut boros berbelanja.
(tak ada duit, buat cara tak ada duit)

Sertai aktiviti kampus.
Untuk menguruskan wang, anda perlu ada disiplin yang kuat. Untuk mengajar anda erti disiplin, anda boleh sertai aktiviti kampus dan terlibat dengan aktif dalam persatuan , kelab dan sebagainya.

Beli barangan yang anda rasa anda akan guna sahaja?
Jika anda tidak gunakan barang tersebut seperti barang perhiasan, jangan beli. Perbuatan anda ini hanya akan membazir wang anda sahaja.

Amalkan hidup sihat.
Berhenti merokok dan makan makanan yang tidak sihat. Jaga kesihatan dengan bersenam supaya anda tidak akan sakit dan wang untuk kesihatan dapat di kurangkan.


 tips ini dipetik daripada yang Pakar 

Budak-budak zaman 80-an


Budak2 yg lahir pd thn 80an mesti ingat mase skolah rendah dulu:


Kat sekolah ade salesman jual buku cerita. Ari ni bagi list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau. Salesman susu pon camtu gak.

Kat library, budak-budak memang baca buku tp just tengok gambar je. Bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku.

RMT kat sekolah makan tak best, tapi yang berduit pon join RMT, tak paham... .

Pakai pensel box yang boleh bukak depan belakang, pastu ade sharpener kat tengah-tengah die. 





 

Main lawan pemadam, sayang nak guna utk padam. Padahal itu fungsi sebenar, untuk padam!

Pakai pembaris yang bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dalam air tu.

Cikgu pakai pembaris kuning panjang. Ade pemegang kat tengah-tengah tapi tak penah nampak cikgu pegang pon kat situ.

Bulu ayam jadi ramping kerana sering dijadikan rotan.

Time pendidikan seni, lukis, sume boleh, tapi bile time kaler, sume hampeh. Ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la...

Main game 2D. Super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape.

Jam tgn Boy London jadi idaman, sebab boleh tukar-tukar kaler ikut suhu dan cuaca.

Takut BCG, tp lepas inject poyo la pulak...

Balik skolah beli JoJo xpon Dendang. Tora pon best gak. Beli semata-mata nak mainan, coklat die tak makan pon. 




Kasut berlampu kat tapak, yang iklan die kat TV boleh tembak alien tu...

Siri kartun; Power Rangers, Ultraman, Transformers, Ninja Turtles, Thundercats, Maskman, Gaban dan macam-macam lg. 





1 minggu masuk skolah Tahun 1, mesti mama, abah, tok wan datang teman.. 






walau di mana kita berada sekarang, asal usul tak kan berubah...syurkur lah dengan Nikmat yang diberikan..

Ke Mana Hala Tuju?


kemanakah hala tuju kita?


jangan sampai tersimpul seperti highways ni sudah.....


jom kte share TIPS mcm mne nk TAJAMKAN DAYA INGATAN....



1. Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yang suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yang cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat / data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru.

2. Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa kita tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan terganggu. Kita akan ebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Kita juga tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan dengan baik seperti membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya **merenung bintang..bleh buat ramalan cuaca..xpon bentukkn buruj..

3. Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

4. Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup kita tidak ceria. Kita sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan kita dan membuat kita tidak hirau dengan apa yang terjadi di persekitaran. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.

5. Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingatan mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.

6. Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya **tanam tauge blkg bilik ker..cukup hasil jual ke makcik kafe..ehehe.., berkursus tentang kemahiran tertentu atau menghadiri ceramah dan motivasi.

7. Bermain
Bermain sesuatu permainan yang dapat merangsang minda. Banyak permainan berteknologi kini boleh diperolehi secara percuma mahupun berbayar. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda **solitare tahap 3..hehe

8. Banyak Membaca
Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.

9. Katakan Berulang Kali
Untuk meningkatkan daya ingatan tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga kita benar-benar ingat akan maklumat tersebut. **jgn sampai mengigau mlm sudah..cian bedmate sblh..seram sejuk die..

10. Fokus
Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya kita sering fokus dalam sesuatu perkara, contohnya matlamat hidup. Kita juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.

11. Bermain Dengan Angka
Dalam mengingati angka, kita mesti asah minda dengan cuba bermain dengan angka-angka tersebut seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan, nombor kereta dsb.**hobi: baca no plat kereta depan… Selain itu, kita boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.

12. Membaca Al-Quran
Amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik. Alhamdulillah..

Alunan Itu


tertawa itu muzik jiwa

brfikir itu pokok kemajuan
beramal itu pangkal kejayaan
bersenda itu muda selalu
beribadat itu ibu dari segala ketenangan jiwa


Jangan mencari terlalu sempurna...


Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak....
tentu sukar untuk kamu menambalnya semula....
Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi
kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.

Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain...
Kamu juga yang akan MENYESAL.....

~renungan bersama~

source : artikel