I am appreciate your support to my Blog

Ke Mana Hala Tuju?


kemanakah hala tuju kita?


jangan sampai tersimpul seperti highways ni sudah.....


jom kte share TIPS mcm mne nk TAJAMKAN DAYA INGATAN....



1. Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yang suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yang cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat / data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru.

2. Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa kita tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan terganggu. Kita akan ebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Kita juga tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan dengan baik seperti membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya **merenung bintang..bleh buat ramalan cuaca..xpon bentukkn buruj..

3. Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

4. Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup kita tidak ceria. Kita sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan kita dan membuat kita tidak hirau dengan apa yang terjadi di persekitaran. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.

5. Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingatan mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.

6. Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya **tanam tauge blkg bilik ker..cukup hasil jual ke makcik kafe..ehehe.., berkursus tentang kemahiran tertentu atau menghadiri ceramah dan motivasi.

7. Bermain
Bermain sesuatu permainan yang dapat merangsang minda. Banyak permainan berteknologi kini boleh diperolehi secara percuma mahupun berbayar. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda **solitare tahap 3..hehe

8. Banyak Membaca
Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.

9. Katakan Berulang Kali
Untuk meningkatkan daya ingatan tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga kita benar-benar ingat akan maklumat tersebut. **jgn sampai mengigau mlm sudah..cian bedmate sblh..seram sejuk die..

10. Fokus
Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya kita sering fokus dalam sesuatu perkara, contohnya matlamat hidup. Kita juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.

11. Bermain Dengan Angka
Dalam mengingati angka, kita mesti asah minda dengan cuba bermain dengan angka-angka tersebut seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan, nombor kereta dsb.**hobi: baca no plat kereta depan… Selain itu, kita boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.

12. Membaca Al-Quran
Amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik. Alhamdulillah..

0 komen: