I am appreciate your support to my Blog

Maskara Kualiti Harga Mampu Milik

Maskara kualiti dengan harga mampu milik?
Semestinya lah dengan Duoya Big Fibre Waterproof Mascara!

Kak reen bukan apa, excited sangat bila ada maskara yang giler berkualiti setanding international brand malah lebih berkualiti dengan hanya 1 fibre stick! 

Sebelum ni kak reen tak suka sangat pakai maskara sebab bila tercomot sikit, nak lap atau basuh tu susah. Mesti hitam-hitam bawah mata. Lap punya lap kadang-kadang tu sampai pedih bawah mata. ahahaha kenangan! Ada tak yang senasib dengan kak reen? Sila angkat tangan. Sekarang ni no more. Dapat jer Duoya Big Fibre Waterproof Mascara by NoraFurla ni, selesai masalah.

Fibre-fibre tu dah kenapa? Apa fungsi dia? Jeling bawah sikit..

FUNGSI FIBRE:
  • Melebatkan
  • Memanjangkan
  • Melentikkan bulu mata

Yang Vitamin B5 tu kenapa kecoh sangat pulak? Jeling sikit lagi..

KELEBIHAN VITAMIN B5:
  • Menjaga kesihatan
  • Melindungi bulu mata asli

Nak ambil wuduk kat mana-mana je. Mana tak nya, cuci sikit dengan air, tarik perlahan-perlahan, dah diyakini bersih. Serius tak tipu! Saper yang dah cuba jer yang tahu. Haaa apa lagi, dapatkan satu sekarang! 
WhatsApp terus kat kak reen k. >> 011-1864 1978


Available for COD dan postage anywhere within Semenanjung Malaysia & Sabah/Sarawak.
WhatsApp jer ok dekat 011-1864 1978

Ig: nora.reen
WhatsApp: 011-1864 1978
Jumpa lagi!


Big Duoya Fibre Waterproof Mascara

Maskara Ajaib! 
Mata terpaksa cantik gara-gara Duoya Big Magic Mascara by NoraFurla. Bulu mata saya terus jadi letop-letop lentiknya, lebat dan panjang. Highly Recommmended tau!

Yang lagi best tu, bila time nak solat. Just letak air sikit, tarik jer perlahan-perlahan..terus bersih. Tak comot langsung dan tak akan jadi mata panda. Memang bersih. Tak perlu dah pakai remover semua tu. Haa jimat lagi kat situ.

Dah tu kan, tengok gambar bawah ni. Nampak berus melengkung tu? Berus tu untuk memudahkan anda pakai maskara ni pada bulu mata bawah juga. Jadi, tak perlu banyak-banyak brush! Haaa..jimat lagi.


KELEBIHAN MASKARA

  • Long lasting.
  • Tahan sehingga 60-90 hari. Berbaloi!
  • Waterproof - Tak mudah comot.
  • Mudah dicuci.
  • Melebatkan bulu mata.
  • Bulu mata lebih lentik.
  • Mempunyai fibre hanya dalam 1 stick sahaja.
  • Mempunyai vitamin B5 yang menjaga bulu mata original!

Wahh..banyakkan kelebihan maskara ni! Sangat berbaloi dengan haraga yang super berpatutan.

Tengok pula gambar kat bawah ni. Ramai sangat kawan-kawan kita dah pakai maskara ajaib ni. Yang repeat order jangan cakap lah. Bila dah cuba, sangat berpuas hati. Cuba tengok yang pakai sebelah jer, Nampak ketara giler kan!

Lagi best kalau pakai maskara tu dah lengkap semua. Ada Fiber tak perlu pakai stick lain-lain. Ada Vitamin B5 untuk lindungi bulu mata. Dah la direka dengan wuduk friendly. Senang bila nak wuduk dekat mana-mana.

Ada ke macam tu? Ada....!! Macam yang dia ni dan kak reen pakai ni. Memang best sangat!
Sekarang tengah promotion 30% tau! Asal RM79 sekarang dah tinggal RM55sm/RM60ss jer.

WhatsApp kak reen sekarang dekat 011-1864 1978 ok.

Ig: nora.reen
WhatsApp: 011-1864 1978

Ig: nora.reen
WhatsApp: 011-1864 1978

Ig: nora.reen
WhatsApp: 011-1864 1978

Ig: nora.reen
WhatsApp: 011-1864 1978

Highly Recommended! Cuba dulu baru tau. Available untuk COD. Penghataran secara pos ke seluruh Malaysia. Tak perlu segan-segan nak WhatsApp kak reen. Taip jer 'MASKARA' terus jer send to 011-1864 1978 k. 

Jumpa Lagi! 




How important are English skills to get a job?

The ability to speak English well is one of the most important things that candidate need to gain employment.

Haa...ni akak nak pesan. Please learn and improve your English language.

Macam mana? List kat bawah ni antara apa yang telah dibuat dan terbukti berjaya.



  1. Don't be afraid of making mistakes. Be confident!
  2. Watch English news and serials on TV and learn the correct pronunciation of words.
  3. Make a note book and write all the new words with meaning.
  4. Listen to English song and try to sing together.
  5. Always use new words on your daily conversation.
  6. It is OK to make a mistakes while learning but, please take note.

Learn English.
English is Fun!
International Language.

Tudung Bawal Bidang 60" RABAK

Aduhh kenapa tak tahu dari awal-awal lagi!

Ni Rynn nak share.

Kain dari jenama Manje Exclusive ni memang toink toink..senang giler nak bentuk. Tak de lah sikit-sikit kena cari cermin, tiup-tiup mulut muncung naik atas sebab nak betul kan tudung. Turun dari kereta first thing tengok tudung kat cermin kereta sebelah.

Jimat plak tu. Kain die tak jarang. Boleh pakai macam tu jer. LABUH tu confirm dah. Memang labuh. Tapi harga berbaloi-baloi. Macam tak padan pulak dengan kualiti yang diberikan. Apa lagi akak repeat order la. Nanti habis stock pulak. Dah berkualiti ni kan, sape tau. RM39.90 dah boleh miliki tudung idaman anda! Ape orang kata, back to basic. Lagi pun, confident and senang nak digayakan ke mana sahaja. Bersukan ke, ke pejabat ke, ke kelas ke, kuliah ke, joging ke. Sarung Manje Exclusive ni jer. Kalau tak salah ada banyak warna. Nak order boleh terus WhatsApp/SMS 011-1864 1978

Rabak habis. Sekali beli, repeat lagi 3 helai. Teringat plak birthday ibu dengan ibu mertua dah dekat, repeat lagi. Haha Adik ngadu tak ada tudung pergi kelas, repeat sekali lagi. Tak pe, janji berkualiti, puas hati, labuh and menutup aurat dengan sempurna. Yer dak.









Ig @manjeexclusive 
WhatsApp 011-1864 1978 for order
Fast service!
Tudung labuh bidang 60", tudung bawal, hijab anda.

Sangkaya

Sekarang cuaca panas di Malaysia. Siang atau malam tak ada beza. Hangat!

Petang-petang ni sedap kalau layan benda sejuk. Apa lagi, hye Sangkaya! Kami datang menerjah.

Rugi kalau tak pilih yang dalam tempurung kelapa. Unik skit kan. Kelapa ori mix with tea tarik flavor. Tabur kacang sikit, jagung sikit. Fuhh



Berbaloi untuk cuba! Sedap! Layanzzz

Korang boleh terjah ke Sangkaya Cyberjaya.
Landmark: Restoran Uncle K, Old Town, Padi, Tokio Cafe
Jalan-jalan cari makan
#cyberjaya #foodhunter #jjcm

KLCC dulu tapak lumba kuda

Menara Berkembar Petronas adalah bangunan tertinggi di dunia sehingga tahun 2004. Tahukah anda sebelum megahnya berdiri menara ini, pada suatu masa dahulu, di sini adalah tapak padang lumba kuda? Yes, it is.

KLCC menjadi daya tarikan pelancong luar yang datang ke Malaysia. Jadi, pastikan suatu hari nanti kita rakyat Malaysia juga akan menjejakkan kaki ke sini. Jangan lupa bawa MyKad untuk diskaun.

Setelah berapa tahun hidup, kami berjaya menjejakkan kaki ke sini! Masa kami ke sini, kami satu-satunya pasangan dari Malaysia (weekdays maybe). Nak masuk dan melawat menara, anda perlu terus turun tingkat bawah dan beli tiket. Sebelum masuk, anda akan dapat tag sorang satu, dan pegawai bertugas akan follow and guide korang.

Tontonan video dari mula pembinaan sehingga megah berdiri Menara Berkembar Petronas.



View dari menara sebelah - tingkat 86

  • Terdapat 88 tingkat di Menara Berkembar Petronas ini.
  • Direka oleh arkitek Argentina-american.
  • Terdapat 10 tangga eksalator di setiap bangunan menara.
  • Mempunyai 32 000 tingkap.
Banyak lagi fakta menarik mengenai Menara Berkembar Petronas ini. Yang pasti, anda perlu jejakkan kaki ke sini. Pasti tak rugi. Cuti sekolah boleh bawa anak-anak. Hujung minggu tak tau nak kemana, boleh jadi kan tempat ini sebagai ssalah satu destinasi anda!

Fiske Steakhouse Marvelous

Kalau korang peminat tegar western food atau rasa nak makan western food, Fiske Steakhouse is the best choice!

Bagi pasangan yang nak dinner with romantic environment, Fiske Steakhouse is the best!

1 lagi Fiske Steakhouse ini hanya untuk orang yang suka fast service. Duduk je, review menu, make order, selfie.....<5-10 minutes=""> makanan sampai.




  • Harga mampu milik
  • Makanan sedap
  • Air gelas besar
  • Service cepat
  • Parking senang
  • Isnin tutup


Fiske Steakhouse.
No. K4, Medan Selera AU2 (Jalan AU 2C/6), Taman Desa Keramat, KL MALAYSIA.

Persediaan Sebelum Minta Kerja

Pernah tak terpikir macam mana perompak boleh rompak kedai dengan berjaya?? Kalau dalam drama, perompak ni mesti akan atur strategi dulu, survey kedai, survey surrounding, prepare mental physical, ada peta, tahu jalan rahsia, cukup senjata..haaa kan?

Macam tu juga dalam kita mencari dan aplly kerja. Tak kan nak main terjah je..company tu akan pay you. Of course die akan tapis betul-betul candidate yang layak. Kalau company dah bersedia dengan semua strategi diorang, kita sebagai pemohon ni mestilah 200% lebih bersedia.



1. Resume
2. Cover Letter
3. Start apply from their website or send email.
4. Practice to speak english as fluent as you can.
5. Be positive
6. Don't give up and keeps doing
7. Doa
8. Repeat no. 1-7

InsyaAllah.


Kerjaya Masa Kini

Tahun silih berganti...


Kini, universiti dan pusat institusi pengajian tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Setiap institusi melahirkan beribu-ribu graduan. Ramai graduan berjaya tamatkan pengajian dengan berjaya. TAPI, sejauh mana graduan ini bersedia menghadapi realiti di dunia sebenar? Ramai mana pulak yang mampu menempuh kerjaya sebenar? Tahukah mereka berapa jawatan kosong yang tersedia untuk mereka ni? Rezeki di bumi Allah ini luas. Ingat tu jer.

Based on my own experience, just accept whenever job you can commit. Don't be too choosy. Once you get the job, don't just stop there. Please keeps finding other job that equivalent with your education level. This is what I did.

Alhamdulillah, berkat doa, sabar dan usaha yang berterusan, company yang kita tak apply tu lah yang call for interview. Die tak tau yang sebelum die call kita, berapa puluh company lagi yang kita apply. Kita tak tau mana satu rezeki kita. So, just keeps doing. InsyaAllah.

Dream

Sekali tengok cantik..dua kali tengok nak miliki..tiga kali tengok kena savings..empat kali tengok kena berusaha belajar rajin-rajin, cari kerja baik-baik.
Sangat tertarik dengan idea dekorasi nya yang mostly mengikut citarasa. Jom..explore!

 
nie purple..sekali sekala tukar merah plak..woo..

mmm...HARUM..mm..
owh indahnyer...one day one candle

untuk KIDS !! alolo..bucuk2 comel
untuk GIRL !! sweet nyer...
untuk BOY !! exclusive u..


Have a nice day!! enjoy yourself..

nak tgk lain-lain..kat sini ada..

Sihat badan, Sihat wang

Di sini ada beberapa cara makan secara bajet. Sihat BADAN, sihat WANG. Dalam masa yang sama, boleh meneruskan diet secara berterusan tanpa perlu membazir.


BIJIRIN OAT


Kalau selama ini anda makan pagi dengan bijirin, apa kata gantikan dengan oat? Ia lebih murah dan tahan lebih lama. Anda boleh memasaknya di rumah. Mahu lebih enak, campurkan dengan buah-buahan kering. Oat secara khusus mengandungi banyak flavonoidmencegah penyakit jantung. Oat juga makanan yang ideal untuk semua peringkat umur. Mudah diterima sebagai makanan pepejal permulaan untuk bayi dan juga orang tua. Oat juga kerap digunakan dalam program membantu mangsa kebuluran kerana keupayaannya membekalkan khasiat pemakanan berkualiti secara tidak mahal. 

MAKANAN BERSERAT

Anda perlukan serat? Jika and mahu memenuhi keperluan serat harian, ada baiknya anda makan buah-buahan yang lebih mudah didapati. Katakan anda gemarkan kiwi, ia memang kaya dengan serat tetapi harganya mahal. Gantikan dengan buah oren yang jauh lebih murah dan mudah didapati.

Untuk lebih jimat, menyiapkan jus sendiri di rumah tidaklah sukar. Anda dapat memilih sendiri buah-buahan dan sayuran yang benar-benar masak dan segar agar
vitamin dan mineral lainnya masih dalam keadaan baik. Jangan tergoda membeli yang terlalu masak, sebab anda tidak akan mendapat seluruh nutrisi yang seharusnya. Anda juga dapat mengawal sendiri dengan tepat perbandingan berat buah atau sayuran yang dicampur. Kebersihan pun lebih terjamin dan tentu lebih ekonomi.




CARI TEMAN BERDIET

Lebih mudah jika anda cari teman yang sama-sama mahu berdiet, boleh berkongsi makanan. Tidak perlu membazir. Namun pastikan menu diet itu sesuai dengan teman diet anda juga.

Saling menyokong antara satu sama lain. Sekiranya teman diet anda sudah berputus asa, anda harus bangkit dan memberikan sokongan yang berterusan. Begitu juga sebaliknya. Melalui cara ini anda tidak perlu membazirkan wang untuk mendapatkan nasihat daripada pakar diet yang perlu dibayar. Di sini anda sudah boleh berjimat.



BERPUASA

Anda boleh mengamalkan puasa. Cukuplah sekadar berpuasa sebanyak dua kali seminggu. Selain daripada beramal anda juga mampu melaksanakan diet secara sihat. Jimat duit dan sihat fizikal.

Semasa berpuasa, cuba rancang jenis makanan yang akan diambil semasa berbuka agar anda tetap mendapat khasiat yang secukupnya. Ambil makanan yang membekalkan karbohidrat seperti nasi, roti, mi dan ubi kerana ia akan melepaskan tenaga secara perlahan dan anda akan bertahan lapar lebih lama.



MEMASAK DI RUMAH

Memasak di rumah adalah kaedah diet yang paling menjimatkan. Anda hanya perlu memasak makanan yang perlu sahaja tanpa perlu membazirkan. Paling jimat sekiranya makanan itu masih berbaki anda masih boleh memanaskan semula makanan tersebut.

Contoh menu diet yang paling mudah disediakan ialah
sandwich. Beli saja isi tuna dan salad serta roti mil penuh. Buat sendiri. Kalau beli sandwich siap sedia, ia mahal.

Variasikan menu anda. Tips ini anda boleh amalkan setelah anda mendapat info dan ilmu yang mencukupi daripada pembacaan anda. Anda boleh buat satu jadual, dalam seminggu apakah menu yang akan anda ambil untuk amalan pemakanan yang sihat?


Pasti mudah dan jimat. Jika boleh warna-warnikan jenis makanan yang diambil terutama sayur-sayuran dan buah-buahan kerana lebih banyak makanan berwarna yang diambil, maka lebih banyak zat diperoleh oleh badan.



JOM SENAM

Lakukan aktiviti membakar kalori.  Senaman penting untuk membakar kalori dalam tubuh anda. Bila anda membakar kalori jumlah penyerapan kalori oleh tubuh anda akan mula menurun. Inilah sebenarnya situasi yang membolehkan anda menurunkan berat badan anda. Tidak perlu ke gim. Tidak perlukan modal. Cukup sekadar berlari di denai larian atau tasik sambil menyedut udara segar.

Bersenam secara
konsisten. Jangan sesekali bersenam sehingga boleh 'mendera' atau 'menyeksa' tubuh anda. Tidak perlu anda paksa diri untuk lakukan aktiviti senaman yang berat-berat secara mendadak. Lebih-lebih lagi jika sebelum ini anda tidak pernah pun melakukan aktiviti atau amat jarang bersenam. Buat perlahan-lahan. Tetapkan matlamat sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, 20 minit setiap sesi sebagai permulaan. 


sumber dari dara.com

Bajet Wang anda...

Dalam zaman sekarang, faktor kewangan amat memerlukan bajet yang betul. Terutamanya bagi yang bergelar PELAJAR / MAHASISWA. Bajet amat penting dalam pengurusan kewangan. Ini dapat membantu anda menggunakan wang dengan sebaiknya dan mengelakkan kehabisan wang di akhir-akhir semester.


Sentiasa catat duit keluar masuk.
Catatkan aliran keluar wang anda pada setiap hari. Dengan ini, anda akan sentiasa peka dengan keadaan wang semasa anda. Lihat sama ada perbelanjaan yang anda keluarkan itu adalah perlu atau tidak. Jika tidak, anda kurangkan perbuatan terebut.

Rancang belanjawan anda sendiri.
Dengan wang sedia ada, anda rancang belanjawan anda sendiri. Utamakan pembayaran yuran, akademik, makanan dan tempat tinggal. Jangan gunakan wang untuk keseronokan melainkan ia memang adalah wang lebih.

Simpan resit bagi setiap pembelian.
Simpan resit bagi setiap pembelian. Dengan ini, anda ada rekod bagi setiap pembelian. Setiap bulan, trace kembali di mana wang anda di gunakan.

Simpan wang yang tidak di gunakan.
Jika tidak ada keperluan untuk menggunakan wang, simpan sahaja kerana dunia pelajar penuh dengan kejutan. Kadangkala ada sahaja perkara yang perlu di bayar seperti yuran persatuan dan sebagainya. Untuk keselamatan, anda simpan sahaja wang tidak di gunakan dan hanya berbelanja apabila semester sudah tamat.

Elakkan hutang
Jangan berhutang untuk apa tujuan sekalipun. Berhutang bermakna anda akan berbelanja lebih kemampuan anda. Berhutang akan jadi beban apabila pemberi utang mula menagih hutang dari anda.

 
Beli semua keperluan akademik mendahului perkara lain.
Di sebabkan anda sedang belajar, segala urusan akademik perlu di dahulukan. Pada minggu pertama semester, anda selesaikan semua keperluan akademik dan simpan sedikit wang jika ada perbelanjaan mengejut.

Elakkan dari mengikut kawan – kawan yang ada duit yang banyak.
Jika anda tiada duit, jangan ikut kawan anda yang banyak duit atau mereka yang boros. Takut – takut nanti anda turut terikut boros berbelanja.
(tak ada duit, buat cara tak ada duit)

Sertai aktiviti kampus.
Untuk menguruskan wang, anda perlu ada disiplin yang kuat. Untuk mengajar anda erti disiplin, anda boleh sertai aktiviti kampus dan terlibat dengan aktif dalam persatuan , kelab dan sebagainya.

Beli barangan yang anda rasa anda akan guna sahaja?
Jika anda tidak gunakan barang tersebut seperti barang perhiasan, jangan beli. Perbuatan anda ini hanya akan membazir wang anda sahaja.

Amalkan hidup sihat.
Berhenti merokok dan makan makanan yang tidak sihat. Jaga kesihatan dengan bersenam supaya anda tidak akan sakit dan wang untuk kesihatan dapat di kurangkan.


 tips ini dipetik daripada yang Pakar 

Budak-budak zaman 80-an


Budak2 yg lahir pd thn 80an mesti ingat mase skolah rendah dulu:


Kat sekolah ade salesman jual buku cerita. Ari ni bagi list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau. Salesman susu pon camtu gak.

Kat library, budak-budak memang baca buku tp just tengok gambar je. Bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku.

RMT kat sekolah makan tak best, tapi yang berduit pon join RMT, tak paham... .

Pakai pensel box yang boleh bukak depan belakang, pastu ade sharpener kat tengah-tengah die. 





 

Main lawan pemadam, sayang nak guna utk padam. Padahal itu fungsi sebenar, untuk padam!

Pakai pembaris yang bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dalam air tu.

Cikgu pakai pembaris kuning panjang. Ade pemegang kat tengah-tengah tapi tak penah nampak cikgu pegang pon kat situ.

Bulu ayam jadi ramping kerana sering dijadikan rotan.

Time pendidikan seni, lukis, sume boleh, tapi bile time kaler, sume hampeh. Ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la...

Main game 2D. Super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape.

Jam tgn Boy London jadi idaman, sebab boleh tukar-tukar kaler ikut suhu dan cuaca.

Takut BCG, tp lepas inject poyo la pulak...

Balik skolah beli JoJo xpon Dendang. Tora pon best gak. Beli semata-mata nak mainan, coklat die tak makan pon. 




Kasut berlampu kat tapak, yang iklan die kat TV boleh tembak alien tu...

Siri kartun; Power Rangers, Ultraman, Transformers, Ninja Turtles, Thundercats, Maskman, Gaban dan macam-macam lg. 





1 minggu masuk skolah Tahun 1, mesti mama, abah, tok wan datang teman.. 






walau di mana kita berada sekarang, asal usul tak kan berubah...syurkur lah dengan Nikmat yang diberikan..

Ke Mana Hala Tuju?


kemanakah hala tuju kita?


jangan sampai tersimpul seperti highways ni sudah.....


jom kte share TIPS mcm mne nk TAJAMKAN DAYA INGATAN....



1. Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yang suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yang cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat / data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru.

2. Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa kita tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan terganggu. Kita akan ebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Kita juga tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan dengan baik seperti membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya **merenung bintang..bleh buat ramalan cuaca..xpon bentukkn buruj..

3. Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

4. Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup kita tidak ceria. Kita sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan kita dan membuat kita tidak hirau dengan apa yang terjadi di persekitaran. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.

5. Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingatan mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.

6. Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya **tanam tauge blkg bilik ker..cukup hasil jual ke makcik kafe..ehehe.., berkursus tentang kemahiran tertentu atau menghadiri ceramah dan motivasi.

7. Bermain
Bermain sesuatu permainan yang dapat merangsang minda. Banyak permainan berteknologi kini boleh diperolehi secara percuma mahupun berbayar. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda **solitare tahap 3..hehe

8. Banyak Membaca
Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.

9. Katakan Berulang Kali
Untuk meningkatkan daya ingatan tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga kita benar-benar ingat akan maklumat tersebut. **jgn sampai mengigau mlm sudah..cian bedmate sblh..seram sejuk die..

10. Fokus
Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya kita sering fokus dalam sesuatu perkara, contohnya matlamat hidup. Kita juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.

11. Bermain Dengan Angka
Dalam mengingati angka, kita mesti asah minda dengan cuba bermain dengan angka-angka tersebut seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan, nombor kereta dsb.**hobi: baca no plat kereta depan… Selain itu, kita boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.

12. Membaca Al-Quran
Amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik. Alhamdulillah..

Alunan Itu


tertawa itu muzik jiwa

brfikir itu pokok kemajuan
beramal itu pangkal kejayaan
bersenda itu muda selalu
beribadat itu ibu dari segala ketenangan jiwa


Jangan mencari terlalu sempurna...


Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak....
tentu sukar untuk kamu menambalnya semula....
Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi
kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.

Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain...
Kamu juga yang akan MENYESAL.....

~renungan bersama~

source : artikel

Kisah Ini

Nie kisah pagi hari raya ketiga...

Satu Malaysia tahu yang raya ketiga nie aq satu family duduk umah terchenta jew (kat kg rr..) hehehehe... tetiba ada pasangan suami isteri nie dtg bersama anak mereka yg berusia 1 thn 3 bln dengan menunggang basikal... aq pelik. hurmm...saper nie??? tetiba tok jemput masuk..oh...kenal rupanya.
sembang2...aq tukang dgr n senyum2 jew sbb xkenal..hehehe..

dari sudut fizikal, diorng ni mcm dr golongan org susah..dan dari sudut percakapan juga diorng ni nmpk cm org susah..xpew..

ayat pertama yang keluar dr pasangan ini..."seronoknya umah depa...riuh..main x gaduh..gelak sana sini" tetiba aq terdiam. (dlm hati...mmang km mcm nie) aq masih x mengerti maksud mrk. aq just biarkan dan Alhamdulillah....


tetiba, satu part nie mmnag mnyentuh ati aq.......
berbekalkan perkerjaan di salah sebuah kilang memproses sotong
si ibu terpaksa mnyerahkn 2 org anaknya kerana tidak mampu mmberikan keperluan yang mencukupi kpd anak2nya..masing2 lelaki dan perempuan. ktanya...yang perempuan dah besar, darjah 6..muka dia ekot iras muka ibu ayah yang jaga dia..pandai..cantik..x mcm adik2 yg dia sendiri jaga..(sambil tundukkan muka.."menyesal sy serahkan kt org, tp nk wat mcm mana, xda cara len dah")
sebulan sekali suami isteri nie pasti akan berusaha utk melawat anak2 ini..


seorang lge anak mereka meninggal dunia ketika dlm usia 10 hari...
gara2 abg mereka leka bermain di atas dan sekeliling katil di mana anak kecil ini ditempatkan...
abg2 ini TERlompat2 lalu anak kecil ini terjatuh dari katil, dlm masa yang sama abg yg melompat ni..terduduk di atas adik kecil mereka....
anak kecil yang suci ini hanya mampu menangis kesakitan hingga biru..
apabila dibawa ke hospital...anak kecil ini sudah tidak bernyawa lge..tulang kepalanya juga disahkan patah. pihak hospital pula meminta kes ini dilaporkan ke balai polis..
ibunya pula tidak dpt mengikuti majlis pengebumian anak ini kerana masih atas 'pantang'...
huhu...
Tambah nya lagi, tde waktu prg beraya kat umah tmn dpt banyak gax duit raya utk anak yg dibawa nya...tok pon tanya.."berapa ringgit?" jawabnya"rm2" aduhh..sayu sekali...



Walau anak ditinggalkan kepada orang lain..bukan kerana tiada kasih..tetapi dia mahukan anaknya itu hidup dalam keperluan yang mencukupi dan akan mendapat pendidikan yang lebih teratur dan sempurna...rindu nya kepada anak-anaknya tak terungkap dengan kata2.. Setiap kali menjelang lebaran..hatinya pasti meraung rindu kan detik beraya bersama anak-anaknya semua.. hidup mereka kais pagi mkn pagi kais ptg mkn ptg... Sungguh besar pengorbanan ayah dan ibu ini...



Ibu... bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu...

Ibu... kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan

Kasihanilah, Tuhan...
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana

Aeman - Kalimah Cinta - Buatmu Ibu




kisah benar ini telah pun diminta kebenaran dr pihak yang sepatutnya sblm dipamerkan...
maaf andai ada yang terguris ataw terasa dihati...
niat di hati cuma ingin berkongsi pengalaman...
Salam~