I am appreciate your support to my Blog

WaJaH SuCi...


Wajah suci itu tidak berdosa

Mengapa dia dibiar begitu saja

Sedih pilu menatap rupanya

Kaku terdampar di lembah hina

Apa dosanya si kecil itu

Belum sempat dia memanggil ibu

Sampai hati engkau dizalimi

Oleh mereka yang tiada simpati

Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati

Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati

Dimanakah nilai ehsan insani


Apa dosanya si kecil itu

Kerana kasih tersasar tujuan hidup

Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan

Buntu tiada jalan penyelesaian

Lalu si anak dibuang di jalanan

Mengapa tiada simpati dan kasihan

Sayu hati melihat nasib dirimu

Bagai tiada nilainya di sisi

Wajah sucimu telah dinodai

Namun lahirnya ada nilainya

Di sisi Allah engkau mulia

Bagai kain putih kau tiada dosa

Bertaubatlah mereka yang hina


LIrik : Kumpulan Mestica

2 komen:

Si Sejuk said...

Ceh aku ingat ang pnya sajak.. hehehe

Kalau dah terlanjur pun, tebus la dosa tu dengan besarkan anak tu sebaik mungkin.. Manusia mmg zalim

Master Rynn said...

betol tue piqah...
huhuhu...
harap2 kta suma dpt berfikiran ulul albab...